9 Tips Hilangkan Stress Walau Kerja Bertimbun

stress

Salam ceria dan bahagia. Anda seorang pekerja? Ya, saya juga seorang pekerja seperti anda. Ada majikan yang perlu ditaati, ada organisasi yang perlukan kita untuk saling berkerjasama sebagai satu team, ada orang bawahan yang kita perlu beri tunjuk ajar dan sebagainya. Senang kata, segalanya kita perlu turuti sbb di sana dah ada perjanjian.

Baik, tipulah kalau saya kata bekerja dengan orang ni, boleh buat santai- santai je. Bagi saya kalau kerja santai- santai je, tu kerja macam sambil lewa. Kerja sambil lewa tak bagus tu untuk sesebuah organisasi. Orang lain kerja bagai nak rak, kita relek2 je. Silap2 sebenarnya orang lain tolong buatkan kerja kita..Owh..

Kerja kena bersistem okey. Nampak macam releks, tapi sebenarnya ada sistem / panduan yang kita buat awal2, supaya kerja lebih kemas dan teratur.

Okey, berbalik pada tajuk kat atas nu.. Ha, Macamana ya kita nak hilangkan stress, walaupun sebenarnya kerja bertimbun??

Anda boleh cuba panduan ini :

1) Bangun pagi, setkan dalam minda “Aku boleh buat yang terbaik hari ini”. Dengan itu, sebenarnya kita dah signal pada diri, apapun yang berlaku, kerja mesti smart dan terbaik. Dengan sendirinya, kalau kita  tak dapat siapkan tugasan, jiwa akan lebih tenang tanpa stress.?.

2) Solat subuh dan berdoa. Sebagai seorang muslim, wajib laksanakan perintah Allah. Kita tunai kewajipan, insyAllah Allah bantu dan makbulkan doa kita.

3) Jangan buat kerja street terlalu lama. Kalau anda ditempat kerja, kan ada waktu rehat kan. Ha, gunakan rehat anda sebaiknya. Makan/minum dan kendiri. Buat solat dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kemudian, ambil waktu untuk baca Al- Quran paling kurang pun satu muka.  Mudah-mudahan, kerja dapat dilaksana dengan baik. ( Pastikan  setengah jam sahaja, ikut waktu rehat di tempat kerja anda )

4) Jangan bergosip tak tentu pasal. Ha, kalau kat tempat kerja, gerenti ada yang akan memulakan gosip kan? Cuba jauhkan diri dari terjebak dengan gosip yang kita panggil mengumpat tu. Buang masa pun iye kan. Kalau waktu gosip kita gunakan untuk baca al-Quran sekejap lagi baik. Ha, jangan pulak dek kerana tak nak bergosip kita sampai jadi tak bersosial langsung. Bukan macam tu. Maksudnya, boleh berkomunikasi, asal masih dalam lingkungan kerja dan tidak jatuh dosa. Nama pun di tempat kerja. Jadi kenalah buat kerja.

gosip pejabat

5) Bergaul dengan insan yang positif. Ha, 1 lagi yang perlu anda titik beratkan adalah rakan yang positif. Cubalah cari rakan yang sentiasa positif kerana impaknya sangatla besar. Kalau di tempat kerja ada kawan yang sebegitu, untunglah anda kerana aura positifnya akan sampai kepada anda, sekaligus terhindarlah anda dari kerangka stress di tempat kerja.

positif

6) Jangan bertangguh buat kerja sehingga memaksa bawa balik ke rumah. Siapkan kerja di tempat kerja. Kalau tak dapat siapkan juga, sambunglah pada hari esoknya. Tapi kalau kerja tu perlu disiapkan segera, dan terpaksa bawa balik ke rumah, pastikan tidak mengganggu kewajipan anda di rumah.

Penting !! , ( Jangan kerap bawa tugasan ke rumah. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Pastikan hati mereka tidak tergannggu dengan kesibukan anda. Buatlah tugasan setelah kewajipan di rumah dipenuhi )

7) Bila di rumah, pastikan jangan buat kerja pejabat. Macam yang saya bgtau tadi. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Dari jam 7-5 petang anda berada di luar. Apa salahnya, masa yang berbaki diperuntukkan untuk mereka pula. Anda buat kerja rumah sambil melayan mereka.itu lebih baik. Kewajipan anda bukan hanya pada kerja di luar.

bersama anak2

8) Tidur yang berkualiti. Tetapkan masa untuk tidur anda. Kalau nak tidur tu jangan gatal-gatal tangan nak main henpon. Sebaiknya tidurlah sebelum jam 12 dan bangun pagi sekitar jam 4.30 – 5.00 .

tido kualiti

9) Solat tahajjud . Mohonlah bantuan sang Pencipta, semoga hari- hari berlalu dalam hidup dalam keadaan baik.

tahajjud

Dengan perkongsian ini, mudah-mudahan membantu anda untuk bekerja dengan lebih rileks dan tenang. Ikhlaskan diri, mudah-mudahan Allah mudahkan kerja kita, dan sekaligus pekerjaaan kita mendapat keberkatan. Sekian, Jumpa lagi.♥♥

icon 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...