4 Idea Bersiap Lebih Cepat Dari Suami || Elak Suami Marah

Ha, para wanita mesti kena tahu cara bersiap lebih cepat dari suami. Biasala kan, orang perempuan kalau dia nak keluar mesti nak kemas, serba cantik dan menawan. Orang lelaki pulak dia tak suka jadi penunggu. Jadi, sebelum kena bebel apa kata cuba tips ini..

1) Kalau rasa kita memang jenis lambat bersiap, sediakan pakaian untuk keluar siap-siap. Contohnya, kalau sehari kebiasaannya kita keluar 3 kali, wajib pulak tukar pakaian 3 kali, ha, cuba siapkan pakaian untuk 3 kali itu.

Bukan baju je tau. Segalanya untuk tiap kali bertukar. Letak siap-siap kat sudut/tempat yang mudah capai. Ha, tak delah kelam kabut time tulah nak cari tudung, nak cari bedak. (buat ni time bersantai)- boleh sediakan untuk seminggu terus.hehe?

2) Gosok siap-siap baju yang mudah renyuk. Sangkut kemas-kemas setempat. Jangan time nak keluar, time tulah sibuk nak gosok baju. Menjeling la suami awak. Huhu?

3) Kalau ada anak kecik or baby, mesti nak kena siapkan jugak kan. Ha, barang dia pun macam tu. Kemas siap-siap baju anak, minyak angin ke, pampers ke, jangan sepah2. Nanti meroyan kalau suami bising lambat. Hoho?

4) Wajib ada jam tangan. Tak ada, pergi beli. Bukan apa, wanita kalau dah terlambat, tengok pulak suami dah masam mencuka ,terus jadi tak tentu arah kan. Jadinya, kalau ada jam tangan, cepat sikit nak set masa. Waktu lambat, jarum kat jam dinding pon dah jadik tak betul.

Okey. Ni saya dah sediakan sedikit panduan. Cubalah. Banyak lagi yang anda boleh buat supaya boleh bersiap cepat. Tapi semua tu kenalah buat berjadual. Bila kita dah terbiasa ada jadual harian, insyAllah segala kerja jadi teratur. Okey, jumpa lagi.

salam sayang,

icon 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...