6 Idea Ibu Bekerjaya Agar Anak Tak Terabai

luangkan masaSalam Ceria Salam Bahagia. Anda seorang ibu bekerjaya? Saya juga seorang ibu yang bekerja. Keluar pagi balik lewat petang. Kadang- kadang rasa kasihan dan bersalah pada anak-anak tak dapat melayan kerenah mereka. Pernah dulu, anak saya tak mahu ikut balik semasa saya nak ambil dari rumah pengasuh. Wah, ibu mana yang tak sedih!

Bagi anda yang bekerja, khususnya para ibu. Mesti pernah merasa apa yang saya rasakan. Mungkin lebih dari itu..

Wahai ibu, sebolehnya carilah masa untuk bersama anak-anak, kerana mereka amanah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada kita. Masa inilah kita nak lihat anak-anak membesar depan mata, tahu apa yang mereka buat, tahu apa yang mereka makan, tahu perkembangan emosi dan fizikal mereka. Jangan kerana kita bekerja, langsung perkembangan anak kita abaikan. Kita serah bulat-bulat pada pengasuh mereka. Wah, bahaya tu. Silap-silap, mereka lebih sayangkan pengasuh dari kita?.

Saya listkan 6 idea bagi para ibu bekerjaya ,walaupun bekerja kita masih mampu untuk beri kasih sayang pada anak-anak

1) Katakan pada anak-anak, bahawa kita sayang pada mereka. Walaupun mereka masih kecil dan belum faham apa-apa,bisikkan sahaja. Mudah-mudahan mereka memahami yang ibu mereka perlu meninggalkan mereka sebentar demi tugas.

2) Buatkan bekalan makanan mereka. Bagi saya ini penting kerana kita tahu apa yang masuk dalam tubuh badan mereka. Bukan tidak percayakan pengasuh, tapi biarlah anak kita terbiasa dengan masakan ibu. Dan, secara tidak langsung dapat mengurangkan kerja pengasuh. Kita hantar anak ke pengasuh, sebab kita tak mampu untuk menjaga mereka pada waktu tertentu, jadi kalau dapat meringankan kerja mereka, kan itu lebih baik tu..

3) Peluk anak-anak sewaktu ambil dari rumah pengasuh. Bisikkan pada mereka bahawa kita rindukan mereka. Kesan memeluk erat anak-anak boleh mendatangkan aura positif. Cara ini sekaligus mendatangkan kasih dari anak kepada ibu.

4) Jangan buat kerja pejabat di rumah. Kalau terpaksa buat pun, pastikan mereka ada bersama anda. Beri perhatian kepada mereka. Jangan biarkan anak-anak bermain sendiri dengan alasan, bagi mereka berdikari. Ingat, anak anda masih kecil. Mereka rindukan perhatian anda wahai ibu.

5) Luangkan masa bersama anak-anak anda pada hari minggu. Jangan hari minggu pun anda sibuk dengan kerja pejabat. Kalau terpaksa pun, buatla jadual agar ada aktiviti anda bersama anak-anak anda.

6) Berikan hadiah tiap kali anak anda bertambah akalnya. Tak perlu hadiah yang mahal, asal hadiah tu menunjukkan kasih anda kepada mereka itu dah cukup.

Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan, yang penting cuba sedayanya untuk memberi kasih kepada mereka. Ingat bahawa, apa yang kita tanam itulah yang kita dapat.

Semoga sedikit tips ini, dapat membantu para ibu-ibu sekalian. Buatlah apa sahaja, demi membahagiakan ”amanah Allah” kepada kita.Salam kasih dan Jumpa lagi☺?

icon 1

4 Idea Bersiap Lebih Cepat Dari Suami || Elak Suami Marah

Ha, para wanita mesti kena tahu cara bersiap lebih cepat dari suami. Biasala kan, orang perempuan kalau dia nak keluar mesti nak kemas, serba cantik dan menawan. Orang lelaki pulak dia tak suka jadi penunggu. Jadi, sebelum kena bebel apa kata cuba tips ini..

1) Kalau rasa kita memang jenis lambat bersiap, sediakan pakaian untuk keluar siap-siap. Contohnya, kalau sehari kebiasaannya kita keluar 3 kali, wajib pulak tukar pakaian 3 kali, ha, cuba siapkan pakaian untuk 3 kali itu.

Bukan baju je tau. Segalanya untuk tiap kali bertukar. Letak siap-siap kat sudut/tempat yang mudah capai. Ha, tak delah kelam kabut time tulah nak cari tudung, nak cari bedak. (buat ni time bersantai)- boleh sediakan untuk seminggu terus.hehe?

2) Gosok siap-siap baju yang mudah renyuk. Sangkut kemas-kemas setempat. Jangan time nak keluar, time tulah sibuk nak gosok baju. Menjeling la suami awak. Huhu?

3) Kalau ada anak kecik or baby, mesti nak kena siapkan jugak kan. Ha, barang dia pun macam tu. Kemas siap-siap baju anak, minyak angin ke, pampers ke, jangan sepah2. Nanti meroyan kalau suami bising lambat. Hoho?

4) Wajib ada jam tangan. Tak ada, pergi beli. Bukan apa, wanita kalau dah terlambat, tengok pulak suami dah masam mencuka ,terus jadi tak tentu arah kan. Jadinya, kalau ada jam tangan, cepat sikit nak set masa. Waktu lambat, jarum kat jam dinding pon dah jadik tak betul.

Okey. Ni saya dah sediakan sedikit panduan. Cubalah. Banyak lagi yang anda boleh buat supaya boleh bersiap cepat. Tapi semua tu kenalah buat berjadual. Bila kita dah terbiasa ada jadual harian, insyAllah segala kerja jadi teratur. Okey, jumpa lagi.

salam sayang,

icon 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...