Lailatul Qadr : Hidupkan 10 Malam Ramadhan Terakhir

munajatMasa berlalu sangat pantas. Sedar-sedar kita dah pun sampai pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Rasa cepat bukan? Ramadhan dah nak tinggalkan kita pun. Memang seronok nak sambut raya, tapi cuba kita imbas kembali, apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Adakah ada penambahbaikan, atau sama je. Kalau kita rasa amalan yang kita buat masih sangat kurang, luangkan lebih masa untuk 10 malam terakhir ini.

Rasulullah SAW, sangat mengambil berat pada 10 malam terakhir. Baginda berjaga malam, berikhtikaf, mengejutkan ahli keluarga untuk turut serta menghidupkan malam. Kalau Rasulullah yang terkenal dengan kemaksumannya, sanggup bangun menghidupkan malam, bagaimana pula dengan kita? seharusnya, berusahalah bangun pada waktu malam, tingkatkan amalan dan menghidupkannya.

11059488_10153085808481775_8677882486869646146_n

Lailatul Qadr, lebih baik dari seribu bulan. Menghidupkan malam tersebut dengan bacaan Al-Quran , mengingati Allah, solat sunat, zikr dan lain-lainnya, lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang bukan pada malam Qadar.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Justeru, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan di 10 malam terakhir ini, agar Allah pertemukan dengan malam yang tersangat istimewa ini. Sekian.

Selamat beramal ya:)

icon 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...