Vitamin Untuk Elak Stress Dan Kemurungan

Pada artikel yang lepas, saya ada menulis pasal menangani Stress. Anda boleh baca di sini. Stress sebenarnya sangat berbahaya kepada diri. Macam-macam boleh berlaku kalau gejala stress tidak dibendung. Bila anda stress sistem pencernaan juga akan terganggu tau. Anda mungkin sakit perut, cirit-birit dan boleh jadi sembelit. Stress juga boleh jejaskan sistem imuniti badan. Maksudnya anda mudah diserang demam. Denyutan jantung jadi laju dan tekanan darah jadi tinggi. Anda perasan tak semua tu boleh berlaku pada diri?

Apakah Vitamin Yang Boleh Mengawal Stress ?

vit.tangani stress

Ha, Vitamin B Komplek dan Vitamin C bukan sahaja baik untuk wanita mengandung tau. Tapi, baik juga untuk  menangani gejala stress dan kemurungan. Baik, jom baca sikit info tentang vitamin B Complek:

Vitamin B kompleks ini terdiri dari : Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol.

Vitamin B Kompleks semuanya diperlukan untuk fungsi hampir semua proses dalam tubuh.

Secara ringkasnya :

1) Vitamin B1 -mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme 2) Vitamin B2 –  mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
3) Vitamin B3- mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 4) Vitamin B5- mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan              penuaan pramatang
5) Vitamin B6- penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya 6) Vitamin B12 – meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf,                       mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal,                    memori, fokus dan keupayaan seksual
7) Biotin – membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut             beruban, eczema dan keradangan kulit 8) Asid Folik – kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya

Manfaat Pengambilan B-Complek Shaklee :

b. komplek-manfaat

Siapa Yang Patut Ambil Vitamin B Shaklee :

  • Wanita mengandung
  • Merancang hamil
  • Anemia
  • Stress
  • Keletihan
  • Masalah jantung, kolestrok dll

Bagi mereka yang selalu mengamalkan vitamin C pula, akan lebih rileks berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Formula ‘sains pembebasan yang yang berterusan secara semulajadi’ yang direka oleh Shaklee ini, mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) & membebaskan 1.5 vitamin C ke dalam tubuh kita setiap jam.

Ujian klinikal membuktikan pengambilan 2 biji vitamin C di dalam jurang masa 5 jam, mampu kekal di dalam darah kita selama 24jam. Ia lengkap dengan Bioflavonoid yang diekstrak dari kulit buah yang mampu tingkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita untuk melegakan keradangan, menentang jangkitan bakteria & radikal bebas.

Manfaat Utama Pengambilan Vitamin C Shaklee :

  • Membentuk Kalogen,
  • Memperbaiki system pendarahan- kekurangan vitamin C penyebab gusi berdarah, kulit kering, ruam, kulit kasar
  • Peningkatan system imun- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, kurangkan flu dan selesema
  • Memerangi Kanser- Anti-Oksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh
  • Mencantikkan kulit-melambatkan penuaan, kulit lebih cerah
  • Memperbaiki insomnia- masalah berkaitan mental ( stress ), keresahan
  • Mengekalkan kolestrol sihat

Sebelum ni, saya hanya mengambil vitamin C sahaja untuk diet harian. Dan Vitamin B saya ambil ketika mengandung sahaja. Maklumlah dalam tu kan dah ada asid folik. Tapi setelah betul-betul tahu dan faham manfaat kedua-dua vitamin ini untuk tubuh badan, saya ambil kedua-duanya setiap hari.

Berminat untuk dapatkan set Anti-Stress ini?? Hubungi saya : 011-32476100

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

 

Lailatul Qadr : Hidupkan 10 Malam Ramadhan Terakhir

munajatMasa berlalu sangat pantas. Sedar-sedar kita dah pun sampai pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Rasa cepat bukan? Ramadhan dah nak tinggalkan kita pun. Memang seronok nak sambut raya, tapi cuba kita imbas kembali, apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Adakah ada penambahbaikan, atau sama je. Kalau kita rasa amalan yang kita buat masih sangat kurang, luangkan lebih masa untuk 10 malam terakhir ini.

Rasulullah SAW, sangat mengambil berat pada 10 malam terakhir. Baginda berjaga malam, berikhtikaf, mengejutkan ahli keluarga untuk turut serta menghidupkan malam. Kalau Rasulullah yang terkenal dengan kemaksumannya, sanggup bangun menghidupkan malam, bagaimana pula dengan kita? seharusnya, berusahalah bangun pada waktu malam, tingkatkan amalan dan menghidupkannya.

11059488_10153085808481775_8677882486869646146_n

Lailatul Qadr, lebih baik dari seribu bulan. Menghidupkan malam tersebut dengan bacaan Al-Quran , mengingati Allah, solat sunat, zikr dan lain-lainnya, lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang bukan pada malam Qadar.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Justeru, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan di 10 malam terakhir ini, agar Allah pertemukan dengan malam yang tersangat istimewa ini. Sekian.

Selamat beramal ya:)

icon 1

9 Tips Hilangkan Stress Walau Kerja Bertimbun

stress

Salam ceria dan bahagia. Anda seorang pekerja? Ya, saya juga seorang pekerja seperti anda. Ada majikan yang perlu ditaati, ada organisasi yang perlukan kita untuk saling berkerjasama sebagai satu team, ada orang bawahan yang kita perlu beri tunjuk ajar dan sebagainya. Senang kata, segalanya kita perlu turuti sbb di sana dah ada perjanjian.

Baik, tipulah kalau saya kata bekerja dengan orang ni, boleh buat santai- santai je. Bagi saya kalau kerja santai- santai je, tu kerja macam sambil lewa. Kerja sambil lewa tak bagus tu untuk sesebuah organisasi. Orang lain kerja bagai nak rak, kita relek2 je. Silap2 sebenarnya orang lain tolong buatkan kerja kita..Owh..

Kerja kena bersistem okey. Nampak macam releks, tapi sebenarnya ada sistem / panduan yang kita buat awal2, supaya kerja lebih kemas dan teratur.

Okey, berbalik pada tajuk kat atas nu.. Ha, Macamana ya kita nak hilangkan stress, walaupun sebenarnya kerja bertimbun??

Anda boleh cuba panduan ini :

1) Bangun pagi, setkan dalam minda “Aku boleh buat yang terbaik hari ini”. Dengan itu, sebenarnya kita dah signal pada diri, apapun yang berlaku, kerja mesti smart dan terbaik. Dengan sendirinya, kalau kita  tak dapat siapkan tugasan, jiwa akan lebih tenang tanpa stress.?.

2) Solat subuh dan berdoa. Sebagai seorang muslim, wajib laksanakan perintah Allah. Kita tunai kewajipan, insyAllah Allah bantu dan makbulkan doa kita.

3) Jangan buat kerja street terlalu lama. Kalau anda ditempat kerja, kan ada waktu rehat kan. Ha, gunakan rehat anda sebaiknya. Makan/minum dan kendiri. Buat solat dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kemudian, ambil waktu untuk baca Al- Quran paling kurang pun satu muka.  Mudah-mudahan, kerja dapat dilaksana dengan baik. ( Pastikan  setengah jam sahaja, ikut waktu rehat di tempat kerja anda )

4) Jangan bergosip tak tentu pasal. Ha, kalau kat tempat kerja, gerenti ada yang akan memulakan gosip kan? Cuba jauhkan diri dari terjebak dengan gosip yang kita panggil mengumpat tu. Buang masa pun iye kan. Kalau waktu gosip kita gunakan untuk baca al-Quran sekejap lagi baik. Ha, jangan pulak dek kerana tak nak bergosip kita sampai jadi tak bersosial langsung. Bukan macam tu. Maksudnya, boleh berkomunikasi, asal masih dalam lingkungan kerja dan tidak jatuh dosa. Nama pun di tempat kerja. Jadi kenalah buat kerja.

gosip pejabat

5) Bergaul dengan insan yang positif. Ha, 1 lagi yang perlu anda titik beratkan adalah rakan yang positif. Cubalah cari rakan yang sentiasa positif kerana impaknya sangatla besar. Kalau di tempat kerja ada kawan yang sebegitu, untunglah anda kerana aura positifnya akan sampai kepada anda, sekaligus terhindarlah anda dari kerangka stress di tempat kerja.

positif

6) Jangan bertangguh buat kerja sehingga memaksa bawa balik ke rumah. Siapkan kerja di tempat kerja. Kalau tak dapat siapkan juga, sambunglah pada hari esoknya. Tapi kalau kerja tu perlu disiapkan segera, dan terpaksa bawa balik ke rumah, pastikan tidak mengganggu kewajipan anda di rumah.

Penting !! , ( Jangan kerap bawa tugasan ke rumah. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Pastikan hati mereka tidak tergannggu dengan kesibukan anda. Buatlah tugasan setelah kewajipan di rumah dipenuhi )

7) Bila di rumah, pastikan jangan buat kerja pejabat. Macam yang saya bgtau tadi. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Dari jam 7-5 petang anda berada di luar. Apa salahnya, masa yang berbaki diperuntukkan untuk mereka pula. Anda buat kerja rumah sambil melayan mereka.itu lebih baik. Kewajipan anda bukan hanya pada kerja di luar.

bersama anak2

8) Tidur yang berkualiti. Tetapkan masa untuk tidur anda. Kalau nak tidur tu jangan gatal-gatal tangan nak main henpon. Sebaiknya tidurlah sebelum jam 12 dan bangun pagi sekitar jam 4.30 – 5.00 .

tido kualiti

9) Solat tahajjud . Mohonlah bantuan sang Pencipta, semoga hari- hari berlalu dalam hidup dalam keadaan baik.

tahajjud

Dengan perkongsian ini, mudah-mudahan membantu anda untuk bekerja dengan lebih rileks dan tenang. Ikhlaskan diri, mudah-mudahan Allah mudahkan kerja kita, dan sekaligus pekerjaaan kita mendapat keberkatan. Sekian, Jumpa lagi.♥♥

icon 1

Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Berhenti Merokok Semulajadi

berhenti merokok

Tahukah anda bahawa merokok sangat membahayakan kesihatan? Bukan sahaja kesihatan diri perokok tersebut , bahkan orang sekeliling yang berada berdekatan dengan perokok tersebut pon turut terkena bahananya.

Kasihan bukan, orang yang tidak merokok tetapi mendapat penyakit asbab dari seorang perokok tegar yang berhampiran. Kajian mendapati bahawa, penghidu asap rokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding si perokok tegar! Asap rokok yang dihidu oleh perokok, atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu, sekaligus mengundang pelbagai penyakit di mulut, kerongkong dan barah.

Tahu tak rokok telah difatwakan HARAM. Tahu kenapa haram? Sebab salah satunya rokok menganiaya diri sendiri dan orang lain. Kalau anda merokok, macam anda nak bunuh diri lah. Tapi bunuh diri yang tak berapa nak nampak gitu. Sebabnya, dia musnahlah dalaman. Kat luar nampak elok je. Tapi dalam, perlahan-lahan, membusuk! Aduh…

7 Sebab Utama Kenapa Anda Wajib Berhenti Merokok :

  • Rokok pembunuh senyap !
  • Membahayakan isteri, anak-anak khususnya bayi, dan insan keliling. Kalau kasihan dan sayangkan orang keliling anda, anda perlu BERHENTI merokok.
  • Merokok penyebab Kanser paru-paru, kanser lidah dan lain-lain
  • Merosakkan gigi dan penyebab nafas berbau
  • Mudah letih, stamina berkurang dan nampak lesu tidak bermaya
  • Boleh mati pucuk bagi lelaki !
  • Keguguran bagi wanita dan boleh menyebabkan kelahiran anak pra-matang atau cacat !

berhenti merokok 2

Saya memahami, untuk berhenti merokok secara mendadak agak sukar. Mana taknya, bertahun-tahun hisap. Dah macam makanan tambahan kedua. Sukar bukan? Time sekolah dulu, pernah saya ada kawan yang tegar merokok. Memang hari-hari wajib merokok. Kalau tak, mata kemerah-merahan berair. Ngeri gitu!

Bagi anda penghisap rokok tegar, cubalah berhenti perlahan-lahan. Kalau sebelum ini ambil 10 batang sehari. Apa kata, cuba kurangkan kuantiti pada hari berikutnya. Ha.. boleh kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ha.. tu peribahasa yang biasa digunakan. Kalau agak-agak nak merokok tu, cuba bayangkan anak dan isteri. Kasihan mereka..

Saya kongsikan sedikit, 5 cara mudah nak berhenti merokok ! sebelum tu, cuba tonton video ini. Bagaimana encik ni berhenti merokok buat selama-lamanya ! Satu hari, isteri beliau memperkenalkan Vivix Shaklee. Dan, apabila beliau cuba untuk kembali merokok, rokok jadi tawar dan tak sedap langsung! Jom tonton dulu

  • Niat. Niat untuk berhenti dari merokok lah. Kena niat, sebab niat menentukan apa yang kita nak. Macam solatla. Tak ada niat, tak sah. Tak de niat nak berhenti rokok, memang payah!
  • Buat jadual pengambilan dan kurangkan kuantiti harian. Maksudnya, ada carta harian untuk anda berhenti perlahan-lahan. Ingat, berhenti mendadak mungkin menyebabkan anda hilang sabar dan akhirnya anda tension dan akan meneruskan kembali tabiat merokok
  • Sibukkan diri dengan aktiviti sihat. Seperti beriadah, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
  • Hindari tempat berasap serta berkumpul bersama-sama perokok lain. Kalau ada rakan yang ajak merokok, tahan diri
  • Elakkan pengambilan minuman yang merangsang untuk rokok spt caffein
  • Hisap gula2 bila terasa nak merokok.
  • Ambil suplimen tambahan. Ianya bagi merawat kesan tinggalan lama di tubuh badan akibat merokok.

istimewa vivix

Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee!

Saya syorkan kepada perokok tegar, cubalah ambil Vivix Shaklee. Mudah-mudahan ia membantu anda untuk hidup dengan lebih  sihat lagi.

Saya tidak kata ambil Vivix anda akan terus berhenti merokok. Kerana saya tidak merokok dan tidak tahu kesannya. Tapi, mereka beritahu mereka telah berjaya berhenti merokok, dengan pengambilan Viivix Shaklee. Kalau mereka mampu, kenapa anda tidak kan? Anda boleh buktikan juga seperti mereka ini !

testi-1

testi 2

testi 3

Jadi, pilihan di tangan anda. Buat pilihan terbaik dan ambil tindakan. semoga berjaya !

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Jadi bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

Juga penghantaran seluruh Malaysia melalui perkhidmatan kurier

TERIMA KASIH

DAFTR SHAKLEE

Promosi Shaklee Julai 2015

Promosi Shaklee Kembali Lagi..

Jangan tak tau ya, setiap bulan Shaklee pasti ada buat Promosi . Dan, untuk bulan Julai ni Shaklee bagi lagi promosi yang semestinya ditunggu-tunggu oleh pengguna tegar Shaklee. Jeng-jeng.. hehe

Baik, PROMOSI bulan Julai adalah :

promosi julai 1

  • Vivix = Buy 6 Free 1 = Free Delivery + Free Membership + Cash Back
  • 6 botol = RM 3021.00 . Free 1 botol. (Anda jimat : RM 503.50 )
  • Free Membership bernilai : RM 69.00
  • Dapat cash back

Atau :

Vivix = Buy 2 = dapat Diskaun 5%. = Free Delivery + Free Membership + Cash Back

  • 2 botol = RM 1007. Tapi kan dapat diskaun 5%. Jadi, anda hanya perlu membayar RM 956.65. ( anda jimat : RM 50.35 )
  • Free Membership : RM 69.00
  • Cash back

promosi julai 2

  • B- Complex Shaklee = Buy 3 Free 1 . Anda hanya perlu membayar =RM 170.98. anda jimat RM 56.98 sen tau !
  • Vita- Lea For Children = Buy 3 Free 1. Anda hanya perlu membayar = RM 352.98. anda jimat RM 117.66

Jadi, jangan lepaskan peluang ni tau. Valid sampai 31 Julai ni je. Lepas ni kenalah tunggu Shaklee buat promosi lagi. Ok. Jika anda berminat, boleh terus hubungi saya Noreha ditalian: 011-32476100

 Lagi satu saya ingatkan, Yes Program Shaklee masih berjalan tau. 5 Insentif yang sangat hebat menanti anda, sekiranya anda mendaftar ahli sebelum akhir Oktober 2015. Dapat Free Vitalea lagi. Ok.♥♥

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...