Promosi SHAKLEE SEPTEMBER 2015 || Menarik Hanya Di Shaklee

Sekejap je kan dan masuk Bulan September? Seperti selalunya, Shaklee pasti ada buat Promosi setiap bulan untuk ahli-ahlinya. Yang bukan ahli pun, dapat kelebihannya jugak tau. Ha, anda pasti nak tahu Promosi bulan ni kan..

prpmo sept 1

promosi sept 2

Tara.. ha, nilah antara produk yang sangat laris. Anda nak tahu kenapa? Bagi anda yang dah tahu kelebihannya, pasti teruja kerana Esp dan Vitalea For Children, banyak sangat khasiatnya.  Anda boleh baca info ESP di sini // lagi info ESP dan Testimoni

Info Vitalea For Children di sini. // lagi info Vitalea For Children

Untuk pengetahuan lagi, bagi sesiapa yang mendaftar sebelum Oktober 2015, Shaklee akan menghadiahkan sebotol Vitalea dengan pembelian minima sebarang produk Shaklee. saya ada cerita di sini

Bagaimana? Anda ingin mencuba? Saya pasti anda tidak akan kecewa seperti saya. Saya juga seperti anda, diawal perkenalan dengan Shaklee, risau, dan macam-macam lagi perasaan. Tetapi, apabila telah mencuba salah satu produk Shaklee, saya terus jatuh cinta dan terus belajar berkenaan semua produk keluaran Shaklee

Di Shaklee, anda akan ditawarkan kelas-kelas percuma Shaklee dan berbayar. Dan dari situ, anda boleh buat penilaian terhadap keberkesanan semua produk Shaklee. Boleh baca di sini

Kami juga ada group yang sangat eklusif tau. Di sana, anda pasti teruja kerana pelbagai aktiviti, kelas, perbincangan dan macam-macam lagi dikongsi bersama. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya: Noreha : 011 324 76100

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011 324 76100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011 324 76100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-324 76100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

6 Idea Ibu Bekerjaya Agar Anak Tak Terabai

luangkan masaSalam Ceria Salam Bahagia. Anda seorang ibu bekerjaya? Saya juga seorang ibu yang bekerja. Keluar pagi balik lewat petang. Kadang- kadang rasa kasihan dan bersalah pada anak-anak tak dapat melayan kerenah mereka. Pernah dulu, anak saya tak mahu ikut balik semasa saya nak ambil dari rumah pengasuh. Wah, ibu mana yang tak sedih!

Bagi anda yang bekerja, khususnya para ibu. Mesti pernah merasa apa yang saya rasakan. Mungkin lebih dari itu..

Wahai ibu, sebolehnya carilah masa untuk bersama anak-anak, kerana mereka amanah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada kita. Masa inilah kita nak lihat anak-anak membesar depan mata, tahu apa yang mereka buat, tahu apa yang mereka makan, tahu perkembangan emosi dan fizikal mereka. Jangan kerana kita bekerja, langsung perkembangan anak kita abaikan. Kita serah bulat-bulat pada pengasuh mereka. Wah, bahaya tu. Silap-silap, mereka lebih sayangkan pengasuh dari kita?.

Saya listkan 6 idea bagi para ibu bekerjaya ,walaupun bekerja kita masih mampu untuk beri kasih sayang pada anak-anak

1) Katakan pada anak-anak, bahawa kita sayang pada mereka. Walaupun mereka masih kecil dan belum faham apa-apa,bisikkan sahaja. Mudah-mudahan mereka memahami yang ibu mereka perlu meninggalkan mereka sebentar demi tugas.

2) Buatkan bekalan makanan mereka. Bagi saya ini penting kerana kita tahu apa yang masuk dalam tubuh badan mereka. Bukan tidak percayakan pengasuh, tapi biarlah anak kita terbiasa dengan masakan ibu. Dan, secara tidak langsung dapat mengurangkan kerja pengasuh. Kita hantar anak ke pengasuh, sebab kita tak mampu untuk menjaga mereka pada waktu tertentu, jadi kalau dapat meringankan kerja mereka, kan itu lebih baik tu..

3) Peluk anak-anak sewaktu ambil dari rumah pengasuh. Bisikkan pada mereka bahawa kita rindukan mereka. Kesan memeluk erat anak-anak boleh mendatangkan aura positif. Cara ini sekaligus mendatangkan kasih dari anak kepada ibu.

4) Jangan buat kerja pejabat di rumah. Kalau terpaksa buat pun, pastikan mereka ada bersama anda. Beri perhatian kepada mereka. Jangan biarkan anak-anak bermain sendiri dengan alasan, bagi mereka berdikari. Ingat, anak anda masih kecil. Mereka rindukan perhatian anda wahai ibu.

5) Luangkan masa bersama anak-anak anda pada hari minggu. Jangan hari minggu pun anda sibuk dengan kerja pejabat. Kalau terpaksa pun, buatla jadual agar ada aktiviti anda bersama anak-anak anda.

6) Berikan hadiah tiap kali anak anda bertambah akalnya. Tak perlu hadiah yang mahal, asal hadiah tu menunjukkan kasih anda kepada mereka itu dah cukup.

Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan, yang penting cuba sedayanya untuk memberi kasih kepada mereka. Ingat bahawa, apa yang kita tanam itulah yang kita dapat.

Semoga sedikit tips ini, dapat membantu para ibu-ibu sekalian. Buatlah apa sahaja, demi membahagiakan ”amanah Allah” kepada kita.Salam kasih dan Jumpa lagi☺?

icon 1

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN HAND DISH WASH SHAKLEE || APA YANG BEST?

Hari ni saya sangat teruja nak cerita tentang Hand Dish Wash Sahklee . Maklumlah, orang baru belajar guna. Tu yang teruja?. Sebelum ini saya hanya gunakan Basic H yang glamor tu, untuk basuh pinggan dan kegunaan lain. Kali ni saya try jugak Dish Wash untuk basuh pinggan. Hasilnya.. wah, tidak mengecewakan!

Dah pakai,dah cuba baru boleh share kan..

Nak tahu, saya guna hanya beberapa titik sahaja. Tetapi, buihnya sangat banyak dan cepat hilangkan minyak. Tak perlu sental beriya-iya tau. Kalau sebelum ni, semasa gunakan pencuci jenama xxxx , licin sabun tu perlu di basuh betul-betul supaya tak melekat kat pinggan. Dengan Dish Wash ni, sangat berbeza tau.

Hand Dish Wash ni dia ada bau. Tapi bau nya soft sangat, segar. Tak menusuk hidung. Lembut di tangan dan tak panas. Lagi satu, yang membuatkan saya rasa nak bertukar ke Dish Wash ni, ia BEBAS KIMIA dan tidak BERTOKSIK. Kita mestilah nak kehidupan kita bebas dari bebanan kimia kan. Ye tak?

hand dish wash

Dek kerana keterujaan saya dengan kehebatan Dish Wash ni, bukan hanya untuk  pinggan mangkuk je, tetapi saya gunakan juga untuk storage bottles, puting susu, botol susu, meja plastik dan peralatan di dapur?.

Kalau anda nak tahu, botol Dish Wash ni kecil je. Comel! Tetapi, ia boleh tahan lama. Kalau untuk basuhan harian biasa, boleh jimat sampai 3 bulan.

Baik, bagaimana rupanya Dish Wash ni ya??

dish wash 2

Taraa.. kat atas tu pun dah ada gambarnya.

Jom berkenalan lebih rapat lagi dengan Dish Wash ni..

 

Perbezaan Shaklee :

* Tidak bertoksik

* Hipoalegernik

* Tanpa klorin

* Lembut pada tangan

* Ph seimbang

* Tanpa bahan kimia berbahaya

 

Berkesan

*Amat berkesan menanggalkan minyak

*Rumusan pekat : Hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang banyak

*Buih sabun yang tahan lebih lama

 

Mesra Alam

* Rumusan semulajadi daripada sumber yang mapan ( diekstak daripada jagung dan kelapa)

* Mudah biorosot

* Tanpa fostat

* Tanpa bahan pewarna

* Bungkusan yang boleh dikitar semula

* Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Jom tonton video cik akak yang comel ni, tentang Hand Dish Wash Shaklee. Video.

Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.

Saya syorkan anda cubalah gunakan Dish Wash dari Shaklee ni. Sungguh, anda pasti teruja macam saya! Kalau anda berminat, dan mahukan keterangan lanjut, hubungi saya : Noreha 011-32476100

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

4 Idea Bersiap Lebih Cepat Dari Suami || Elak Suami Marah

Ha, para wanita mesti kena tahu cara bersiap lebih cepat dari suami. Biasala kan, orang perempuan kalau dia nak keluar mesti nak kemas, serba cantik dan menawan. Orang lelaki pulak dia tak suka jadi penunggu. Jadi, sebelum kena bebel apa kata cuba tips ini..

1) Kalau rasa kita memang jenis lambat bersiap, sediakan pakaian untuk keluar siap-siap. Contohnya, kalau sehari kebiasaannya kita keluar 3 kali, wajib pulak tukar pakaian 3 kali, ha, cuba siapkan pakaian untuk 3 kali itu.

Bukan baju je tau. Segalanya untuk tiap kali bertukar. Letak siap-siap kat sudut/tempat yang mudah capai. Ha, tak delah kelam kabut time tulah nak cari tudung, nak cari bedak. (buat ni time bersantai)- boleh sediakan untuk seminggu terus.hehe?

2) Gosok siap-siap baju yang mudah renyuk. Sangkut kemas-kemas setempat. Jangan time nak keluar, time tulah sibuk nak gosok baju. Menjeling la suami awak. Huhu?

3) Kalau ada anak kecik or baby, mesti nak kena siapkan jugak kan. Ha, barang dia pun macam tu. Kemas siap-siap baju anak, minyak angin ke, pampers ke, jangan sepah2. Nanti meroyan kalau suami bising lambat. Hoho?

4) Wajib ada jam tangan. Tak ada, pergi beli. Bukan apa, wanita kalau dah terlambat, tengok pulak suami dah masam mencuka ,terus jadi tak tentu arah kan. Jadinya, kalau ada jam tangan, cepat sikit nak set masa. Waktu lambat, jarum kat jam dinding pon dah jadik tak betul.

Okey. Ni saya dah sediakan sedikit panduan. Cubalah. Banyak lagi yang anda boleh buat supaya boleh bersiap cepat. Tapi semua tu kenalah buat berjadual. Bila kita dah terbiasa ada jadual harian, insyAllah segala kerja jadi teratur. Okey, jumpa lagi.

salam sayang,

icon 1

Basic H : Pencuci Organik || Selamat Dan Berkesan

Bagi yang dah pernah dengar tentang Basic H, tentu dah tak janggal kalau sebut tentang Basic H ini. Tapi, bagi yang baru nak berkenalan dengan Basic H, pasti akan tertanya-tanya, apa pulak Basic H ini kan? Ha, saya sendiri pun tak berapa tahu tau dulu tentang Basic H ini, sampailah saya mencubanya sendiri satu hari. Hasilnya, wah, tidak mengecewakan!

Apa itu Basic H ?

Basic H adalah pencuci serbaguna organic dari shaklee, tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi, PH seimbang dan tanpa klorin.

Kalau anda nak tahu, Basic H ni boleh membersihkan tumpahan susu,  mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, menanggalkan kotoran minyak dan 1001 kegunaan lagi. Sangat menarik tau. Kalau kat botol comel basic H tu hanya beberapa kegunaan sahaja kan, tapi hakikatnya basic H boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lagi.

Saya syorkan kepada anda gunalah Basic H ini. Walaupun ia dibotolkn dalam botol yang kecil dan comel, namun ia boleh digunakan sehingga 48 gelen air. Tak percaya? Cubalah..

basic h 2

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah (kredit by : Web Shaklee)

  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga

  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin

  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai

  • 1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi

  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?

  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

 Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

(kredit by : Laman Web Shaklee)

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Jadi bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

Juga penghantaran seluruh Malaysia melalui perkhidmatan kurier 

TERIMA KASIH

DAFTR SHAKLEE

Vitamin Untuk Elak Stress Dan Kemurungan

Pada artikel yang lepas, saya ada menulis pasal menangani Stress. Anda boleh baca di sini. Stress sebenarnya sangat berbahaya kepada diri. Macam-macam boleh berlaku kalau gejala stress tidak dibendung. Bila anda stress sistem pencernaan juga akan terganggu tau. Anda mungkin sakit perut, cirit-birit dan boleh jadi sembelit. Stress juga boleh jejaskan sistem imuniti badan. Maksudnya anda mudah diserang demam. Denyutan jantung jadi laju dan tekanan darah jadi tinggi. Anda perasan tak semua tu boleh berlaku pada diri?

Apakah Vitamin Yang Boleh Mengawal Stress ?

vit.tangani stress

Ha, Vitamin B Komplek dan Vitamin C bukan sahaja baik untuk wanita mengandung tau. Tapi, baik juga untuk  menangani gejala stress dan kemurungan. Baik, jom baca sikit info tentang vitamin B Complek:

Vitamin B kompleks ini terdiri dari : Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol.

Vitamin B Kompleks semuanya diperlukan untuk fungsi hampir semua proses dalam tubuh.

Secara ringkasnya :

1) Vitamin B1 -mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme 2) Vitamin B2 –  mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
3) Vitamin B3- mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 4) Vitamin B5- mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan              penuaan pramatang
5) Vitamin B6- penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya 6) Vitamin B12 – meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf,                       mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal,                    memori, fokus dan keupayaan seksual
7) Biotin – membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut             beruban, eczema dan keradangan kulit 8) Asid Folik – kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya

Manfaat Pengambilan B-Complek Shaklee :

b. komplek-manfaat

Siapa Yang Patut Ambil Vitamin B Shaklee :

  • Wanita mengandung
  • Merancang hamil
  • Anemia
  • Stress
  • Keletihan
  • Masalah jantung, kolestrok dll

Bagi mereka yang selalu mengamalkan vitamin C pula, akan lebih rileks berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Formula ‘sains pembebasan yang yang berterusan secara semulajadi’ yang direka oleh Shaklee ini, mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) & membebaskan 1.5 vitamin C ke dalam tubuh kita setiap jam.

Ujian klinikal membuktikan pengambilan 2 biji vitamin C di dalam jurang masa 5 jam, mampu kekal di dalam darah kita selama 24jam. Ia lengkap dengan Bioflavonoid yang diekstrak dari kulit buah yang mampu tingkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita untuk melegakan keradangan, menentang jangkitan bakteria & radikal bebas.

Manfaat Utama Pengambilan Vitamin C Shaklee :

  • Membentuk Kalogen,
  • Memperbaiki system pendarahan- kekurangan vitamin C penyebab gusi berdarah, kulit kering, ruam, kulit kasar
  • Peningkatan system imun- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, kurangkan flu dan selesema
  • Memerangi Kanser- Anti-Oksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh
  • Mencantikkan kulit-melambatkan penuaan, kulit lebih cerah
  • Memperbaiki insomnia- masalah berkaitan mental ( stress ), keresahan
  • Mengekalkan kolestrol sihat

Sebelum ni, saya hanya mengambil vitamin C sahaja untuk diet harian. Dan Vitamin B saya ambil ketika mengandung sahaja. Maklumlah dalam tu kan dah ada asid folik. Tapi setelah betul-betul tahu dan faham manfaat kedua-dua vitamin ini untuk tubuh badan, saya ambil kedua-duanya setiap hari.

Berminat untuk dapatkan set Anti-Stress ini?? Hubungi saya : 011-32476100

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

 

Lailatul Qadr : Hidupkan 10 Malam Ramadhan Terakhir

munajatMasa berlalu sangat pantas. Sedar-sedar kita dah pun sampai pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Rasa cepat bukan? Ramadhan dah nak tinggalkan kita pun. Memang seronok nak sambut raya, tapi cuba kita imbas kembali, apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Adakah ada penambahbaikan, atau sama je. Kalau kita rasa amalan yang kita buat masih sangat kurang, luangkan lebih masa untuk 10 malam terakhir ini.

Rasulullah SAW, sangat mengambil berat pada 10 malam terakhir. Baginda berjaga malam, berikhtikaf, mengejutkan ahli keluarga untuk turut serta menghidupkan malam. Kalau Rasulullah yang terkenal dengan kemaksumannya, sanggup bangun menghidupkan malam, bagaimana pula dengan kita? seharusnya, berusahalah bangun pada waktu malam, tingkatkan amalan dan menghidupkannya.

11059488_10153085808481775_8677882486869646146_n

Lailatul Qadr, lebih baik dari seribu bulan. Menghidupkan malam tersebut dengan bacaan Al-Quran , mengingati Allah, solat sunat, zikr dan lain-lainnya, lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang bukan pada malam Qadar.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Justeru, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan di 10 malam terakhir ini, agar Allah pertemukan dengan malam yang tersangat istimewa ini. Sekian.

Selamat beramal ya:)

icon 1

9 Tips Hilangkan Stress Walau Kerja Bertimbun

stress

Salam ceria dan bahagia. Anda seorang pekerja? Ya, saya juga seorang pekerja seperti anda. Ada majikan yang perlu ditaati, ada organisasi yang perlukan kita untuk saling berkerjasama sebagai satu team, ada orang bawahan yang kita perlu beri tunjuk ajar dan sebagainya. Senang kata, segalanya kita perlu turuti sbb di sana dah ada perjanjian.

Baik, tipulah kalau saya kata bekerja dengan orang ni, boleh buat santai- santai je. Bagi saya kalau kerja santai- santai je, tu kerja macam sambil lewa. Kerja sambil lewa tak bagus tu untuk sesebuah organisasi. Orang lain kerja bagai nak rak, kita relek2 je. Silap2 sebenarnya orang lain tolong buatkan kerja kita..Owh..

Kerja kena bersistem okey. Nampak macam releks, tapi sebenarnya ada sistem / panduan yang kita buat awal2, supaya kerja lebih kemas dan teratur.

Okey, berbalik pada tajuk kat atas nu.. Ha, Macamana ya kita nak hilangkan stress, walaupun sebenarnya kerja bertimbun??

Anda boleh cuba panduan ini :

1) Bangun pagi, setkan dalam minda “Aku boleh buat yang terbaik hari ini”. Dengan itu, sebenarnya kita dah signal pada diri, apapun yang berlaku, kerja mesti smart dan terbaik. Dengan sendirinya, kalau kita  tak dapat siapkan tugasan, jiwa akan lebih tenang tanpa stress.?.

2) Solat subuh dan berdoa. Sebagai seorang muslim, wajib laksanakan perintah Allah. Kita tunai kewajipan, insyAllah Allah bantu dan makbulkan doa kita.

3) Jangan buat kerja street terlalu lama. Kalau anda ditempat kerja, kan ada waktu rehat kan. Ha, gunakan rehat anda sebaiknya. Makan/minum dan kendiri. Buat solat dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kemudian, ambil waktu untuk baca Al- Quran paling kurang pun satu muka.  Mudah-mudahan, kerja dapat dilaksana dengan baik. ( Pastikan  setengah jam sahaja, ikut waktu rehat di tempat kerja anda )

4) Jangan bergosip tak tentu pasal. Ha, kalau kat tempat kerja, gerenti ada yang akan memulakan gosip kan? Cuba jauhkan diri dari terjebak dengan gosip yang kita panggil mengumpat tu. Buang masa pun iye kan. Kalau waktu gosip kita gunakan untuk baca al-Quran sekejap lagi baik. Ha, jangan pulak dek kerana tak nak bergosip kita sampai jadi tak bersosial langsung. Bukan macam tu. Maksudnya, boleh berkomunikasi, asal masih dalam lingkungan kerja dan tidak jatuh dosa. Nama pun di tempat kerja. Jadi kenalah buat kerja.

gosip pejabat

5) Bergaul dengan insan yang positif. Ha, 1 lagi yang perlu anda titik beratkan adalah rakan yang positif. Cubalah cari rakan yang sentiasa positif kerana impaknya sangatla besar. Kalau di tempat kerja ada kawan yang sebegitu, untunglah anda kerana aura positifnya akan sampai kepada anda, sekaligus terhindarlah anda dari kerangka stress di tempat kerja.

positif

6) Jangan bertangguh buat kerja sehingga memaksa bawa balik ke rumah. Siapkan kerja di tempat kerja. Kalau tak dapat siapkan juga, sambunglah pada hari esoknya. Tapi kalau kerja tu perlu disiapkan segera, dan terpaksa bawa balik ke rumah, pastikan tidak mengganggu kewajipan anda di rumah.

Penting !! , ( Jangan kerap bawa tugasan ke rumah. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Pastikan hati mereka tidak tergannggu dengan kesibukan anda. Buatlah tugasan setelah kewajipan di rumah dipenuhi )

7) Bila di rumah, pastikan jangan buat kerja pejabat. Macam yang saya bgtau tadi. Rumah adalah untuk anda bersama pasangan dan anak-anak. Dari jam 7-5 petang anda berada di luar. Apa salahnya, masa yang berbaki diperuntukkan untuk mereka pula. Anda buat kerja rumah sambil melayan mereka.itu lebih baik. Kewajipan anda bukan hanya pada kerja di luar.

bersama anak2

8) Tidur yang berkualiti. Tetapkan masa untuk tidur anda. Kalau nak tidur tu jangan gatal-gatal tangan nak main henpon. Sebaiknya tidurlah sebelum jam 12 dan bangun pagi sekitar jam 4.30 – 5.00 .

tido kualiti

9) Solat tahajjud . Mohonlah bantuan sang Pencipta, semoga hari- hari berlalu dalam hidup dalam keadaan baik.

tahajjud

Dengan perkongsian ini, mudah-mudahan membantu anda untuk bekerja dengan lebih rileks dan tenang. Ikhlaskan diri, mudah-mudahan Allah mudahkan kerja kita, dan sekaligus pekerjaaan kita mendapat keberkatan. Sekian, Jumpa lagi.♥♥

icon 1

Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Berhenti Merokok Semulajadi

berhenti merokok

Tahukah anda bahawa merokok sangat membahayakan kesihatan? Bukan sahaja kesihatan diri perokok tersebut , bahkan orang sekeliling yang berada berdekatan dengan perokok tersebut pon turut terkena bahananya.

Kasihan bukan, orang yang tidak merokok tetapi mendapat penyakit asbab dari seorang perokok tegar yang berhampiran. Kajian mendapati bahawa, penghidu asap rokok lebih berisiko mendapat penyakit berbanding si perokok tegar! Asap rokok yang dihidu oleh perokok, atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu, sekaligus mengundang pelbagai penyakit di mulut, kerongkong dan barah.

Tahu tak rokok telah difatwakan HARAM. Tahu kenapa haram? Sebab salah satunya rokok menganiaya diri sendiri dan orang lain. Kalau anda merokok, macam anda nak bunuh diri lah. Tapi bunuh diri yang tak berapa nak nampak gitu. Sebabnya, dia musnahlah dalaman. Kat luar nampak elok je. Tapi dalam, perlahan-lahan, membusuk! Aduh…

7 Sebab Utama Kenapa Anda Wajib Berhenti Merokok :

  • Rokok pembunuh senyap !
  • Membahayakan isteri, anak-anak khususnya bayi, dan insan keliling. Kalau kasihan dan sayangkan orang keliling anda, anda perlu BERHENTI merokok.
  • Merokok penyebab Kanser paru-paru, kanser lidah dan lain-lain
  • Merosakkan gigi dan penyebab nafas berbau
  • Mudah letih, stamina berkurang dan nampak lesu tidak bermaya
  • Boleh mati pucuk bagi lelaki !
  • Keguguran bagi wanita dan boleh menyebabkan kelahiran anak pra-matang atau cacat !

berhenti merokok 2

Saya memahami, untuk berhenti merokok secara mendadak agak sukar. Mana taknya, bertahun-tahun hisap. Dah macam makanan tambahan kedua. Sukar bukan? Time sekolah dulu, pernah saya ada kawan yang tegar merokok. Memang hari-hari wajib merokok. Kalau tak, mata kemerah-merahan berair. Ngeri gitu!

Bagi anda penghisap rokok tegar, cubalah berhenti perlahan-lahan. Kalau sebelum ini ambil 10 batang sehari. Apa kata, cuba kurangkan kuantiti pada hari berikutnya. Ha.. boleh kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ha.. tu peribahasa yang biasa digunakan. Kalau agak-agak nak merokok tu, cuba bayangkan anak dan isteri. Kasihan mereka..

Saya kongsikan sedikit, 5 cara mudah nak berhenti merokok ! sebelum tu, cuba tonton video ini. Bagaimana encik ni berhenti merokok buat selama-lamanya ! Satu hari, isteri beliau memperkenalkan Vivix Shaklee. Dan, apabila beliau cuba untuk kembali merokok, rokok jadi tawar dan tak sedap langsung! Jom tonton dulu

  • Niat. Niat untuk berhenti dari merokok lah. Kena niat, sebab niat menentukan apa yang kita nak. Macam solatla. Tak ada niat, tak sah. Tak de niat nak berhenti rokok, memang payah!
  • Buat jadual pengambilan dan kurangkan kuantiti harian. Maksudnya, ada carta harian untuk anda berhenti perlahan-lahan. Ingat, berhenti mendadak mungkin menyebabkan anda hilang sabar dan akhirnya anda tension dan akan meneruskan kembali tabiat merokok
  • Sibukkan diri dengan aktiviti sihat. Seperti beriadah, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
  • Hindari tempat berasap serta berkumpul bersama-sama perokok lain. Kalau ada rakan yang ajak merokok, tahan diri
  • Elakkan pengambilan minuman yang merangsang untuk rokok spt caffein
  • Hisap gula2 bila terasa nak merokok.
  • Ambil suplimen tambahan. Ianya bagi merawat kesan tinggalan lama di tubuh badan akibat merokok.

istimewa vivix

Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee!

Saya syorkan kepada perokok tegar, cubalah ambil Vivix Shaklee. Mudah-mudahan ia membantu anda untuk hidup dengan lebih  sihat lagi.

Saya tidak kata ambil Vivix anda akan terus berhenti merokok. Kerana saya tidak merokok dan tidak tahu kesannya. Tapi, mereka beritahu mereka telah berjaya berhenti merokok, dengan pengambilan Viivix Shaklee. Kalau mereka mampu, kenapa anda tidak kan? Anda boleh buktikan juga seperti mereka ini !

testi-1

testi 2

testi 3

Jadi, pilihan di tangan anda. Buat pilihan terbaik dan ambil tindakan. semoga berjaya !

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Jadi bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

Juga penghantaran seluruh Malaysia melalui perkhidmatan kurier

TERIMA KASIH

DAFTR SHAKLEE

Promosi Shaklee Julai 2015

Promosi Shaklee Kembali Lagi..

Jangan tak tau ya, setiap bulan Shaklee pasti ada buat Promosi . Dan, untuk bulan Julai ni Shaklee bagi lagi promosi yang semestinya ditunggu-tunggu oleh pengguna tegar Shaklee. Jeng-jeng.. hehe

Baik, PROMOSI bulan Julai adalah :

promosi julai 1

  • Vivix = Buy 6 Free 1 = Free Delivery + Free Membership + Cash Back
  • 6 botol = RM 3021.00 . Free 1 botol. (Anda jimat : RM 503.50 )
  • Free Membership bernilai : RM 69.00
  • Dapat cash back

Atau :

Vivix = Buy 2 = dapat Diskaun 5%. = Free Delivery + Free Membership + Cash Back

  • 2 botol = RM 1007. Tapi kan dapat diskaun 5%. Jadi, anda hanya perlu membayar RM 956.65. ( anda jimat : RM 50.35 )
  • Free Membership : RM 69.00
  • Cash back

promosi julai 2

  • B- Complex Shaklee = Buy 3 Free 1 . Anda hanya perlu membayar =RM 170.98. anda jimat RM 56.98 sen tau !
  • Vita- Lea For Children = Buy 3 Free 1. Anda hanya perlu membayar = RM 352.98. anda jimat RM 117.66

Jadi, jangan lepaskan peluang ni tau. Valid sampai 31 Julai ni je. Lepas ni kenalah tunggu Shaklee buat promosi lagi. Ok. Jika anda berminat, boleh terus hubungi saya Noreha ditalian: 011-32476100

 Lagi satu saya ingatkan, Yes Program Shaklee masih berjalan tau. 5 Insentif yang sangat hebat menanti anda, sekiranya anda mendaftar ahli sebelum akhir Oktober 2015. Dapat Free Vitalea lagi. Ok.♥♥

Kami adalah pengedar sah Shaklee Malaysia . Sekiranya anda berminat dengan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya ditalian : 011-32476100 . COD sekitar kawasan : SEGAMAT ( id : 1073023 )

Bagi anda yang nak jadi sebahagian dari kami juga , boleh terus whatsapp 011-32476100. Pastikan anda mendaftar dengan kumpulan SID yang terbaik di Malaysia.

Whatsapp : NOREHA : 011-32476100.

Email : nur_imtinan09@yahoo.com/norehamahat@gmail.com

DAFTR SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2 3 10